Wednesday, February 10, 2010

Penipuan Pembelian Emas




Sering kali penipuan pembelian emas berlaku seperti yang disiarkan diakhbar. Pembelian emas dengan kaedah2 yang menarik, modal yang sedikit dan pulangan yang besar menyebabkan ramai yang terjebak. Kaedah-kaedah tersebut amat mengelirukan dan kita diberikan angka-angka yang menarik sebagai keuntungan. Pada awalnya memang cukup menarik, dan biasanya masalah mula timbul beberapa bulan kemudian.

Pembelian dan pemilikan emas, tidak memerlukan kaedah-kaedah tersebut. Ia hanya memerlukan wang tunai dan sikap yang positif. Sebenarnya pembelian emas amat mudah. Cara yang selamat ialah membeli terus dari Maybank untuk KE. Pembelian emas daripada pihak lain memerlukan kepercayaan kepada mereka. Kalau kita tidak percaya mereka boleh membeli kembali, cuba elakan kerana berbagai- bagai alasan yang akan diberikan.

Ada juga yang memajakan emas2 mereka untuk mendapatkan tunai dan membeli lagi emas. Bagi saya ini bukanlah cara yang sesuai walaupun 'legal' dari segi undang-undang untuk memiliki emas dengan 'segera' dan 'banyak'.

Sikap sabar dan berwaspada akan membawa kejayaan. Pembelian 'wang' emas ialah untuk jangkamasa panjang.

No comments: