Tuesday, February 9, 2010

Harga Emas

Untuk melihat harga tempatan, sila rujuk kepada laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my) dan Maybank (www.maybank2u.com.my)

Harga emas dunia lebih kepada nilai USD. Ketika ini harga emas berlawanan dengan USD iaitu harga emas naik, USD turun atau sebaliknya. Ramai melihat emas sebagai pelaburan dan sebagai 'precious metal', bukan sebagai mata wang. Bagi saya emas sudah di gunakan oleh umat islam sebagai mata wang. Wang kertas sebenarnya tiada nilai yang kukuh, ianya lebih kepadan'jaminan' bank untuk membayar nilai barang tanpa sandaran khusus. Ianya sebagai satu resit hutang!

Banyak faktor yang menyebabkan harga emas turun dan naik. Pada asasnya ialah permintaan dan nilai USD. Bila pemintaan naik atau/dan USD turun, nilai emas naik dan sebaliknya. Kadang2 spekulasi pembelian emas oleh bank pusat, berita ekonomi yang teruk juga boleh mempengaruhi harga emas.

Kita menyimpan untuk jangkamasa panjang. Adalah rugi kalau beli emas dan menjualnya dalam jangkamasa pendek. Kalau dilihat graf, semenjak 2002, harga emas semakin meningkat. Belilah emas jika ada duit lebih yang tak akan di gunakan, dan di simpan emas dengan baik dan di tempat yang selamat.


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: