Wednesday, February 10, 2010

Emas Malaysia













Emas yang terdapat di Malaysia ada berbagai-bagai jenis seperti 'gold bar', 'gold bullion', barang kemas dan dinar. Ianya berbagai bentuk dan saiz.

Kijang Emas (KE), adalah gold bullion Malaysia, yang di keluarkan oleh bank negara malaysia. Ianya mempunyai 3 saiz iaitu, 1 oz, 1/2 oz dan 1/4 oz. 1 oz bersamaan 31.105g. Ia adalah emas asli 999.99.

Oleh itu ia sangat lembut dan mudah kemek dan tercalar. KE hanya boleh didapati dari cawangan Maybank yang tertentu. Sila rujuk kepada laman web Maybank. Untuk membelinya amat mudah. Kalau ada akaun di Maybank, kita hanya perlu menulis di atas sekeping cek. Nak bayar tunai pun boleh. Simpan resit dan gold coin KE di tempat yang selamat. Kita hanya boleh berurusan waktu dan hari bekerja sahaja.

Satu syarikat yang baru beroperasi iaitu Public Gold, juga mengeluarkan gold bar, dinar dan gold coin. Harga dan cara membelinya boleh di perolehi melalui laman web mereka. Kita boleh berurusan dengan mereka setiap masa. Banyak syarikat lain juga mengeluarkan emas mereka, seperti dinar emas oleh Ar Rahnu.

Bentuk penyimpanan emas lain ialah 'Gold Paper' ie akaun bank yang di beli dengan nilai harga emas. Setakat ini hanya Public Bank dan Maybank yang mempunyai perkhidmatan ini. Dari segi hukum syarak, jenis pembelian ini di kira haram kerana ketiadaan 'barang emas' yang nyata.

Saya lebih gemar berurusan dengan Maybank untuk membeli KE, kerana mudah memperolehinya dan 'back up' kewangan yang kukuh. Tidak perlu membawa wang tunai. Urusan hanya melalui cek dan akaun sahaja. Margin harga jual beli sekitar 3-6%.

No comments: