Sunday, February 21, 2010

Pendidikan Kewangan

Agak ganjil bila subject ini diutarakan. Saya sendiri tidak beberapa memahami konsep Pendidikan Kewangan ataupun Financial Education. Kebanyakan kita yang tidak mempelajarinya samada di sekolah menengah dan universiti tentu agak kekok untuk mengendalikan wang gaji ataupum hasil untung perniagaan. Ahli perniagaan tentu bijak memusingkan wang tunai mereka dalam beberapa bentuk seperti modal berniaga, gaji pekerja, simpanan bank dan sebagainya. Bagaimana pula dengan diri kita?
Setiap insan yang sudah mula bekerja akan memikirkan beberapa perkara iaitu hidup berkeluarga, rumah, kereta, keperluan asas, bantuan kepada ibubapa dan hutang pinjaman bantuan pendidikan. Bagaimana hendak memulakannya sedangkan gaji permulaan ialah RM 2000-4000 sebulan? Disinilah perlunya Financial Education yang betul. Bagaimana mempelajarinya? Dari siapa? Ada ke kursus tersebut? Saya sendiri tidak dapat menjawab soalan tersebut.
Pengalaman hidup banyak membantu kita dalam menghadapi masalah ini. Beberapa perkara penting perlu di fikirkan:-
1. Perlukah kita berhutang? Sampai bila kita harus berhutang?
2. Bolehkah kita dan pasangan hidup dengan ala kadar dan sederhana?
3. Apakah keutamaan kita? Televisyen, radio hifi, handphone, kereta dan barang kemas.
3. Bagaimana dengan isu-isu insurance kesihatan dan pelajaran anak-anak?
4. Fahamkah kita mengenai bank, cara bank mengambil keuntungan dari kita dan hak-hak kita?
5. Apa itu kad kredit? Kenapa bank beria benar menyuruh kita mengambil kad kredit?
6. Pinjaman peribadi mudah benar diberikan? Untuk apa? Kenapa?
7. Konsep refinance (pinjaman hutang dua kali!), riba dan transfer hutang ke kad kredit lain. Fahamkah kita?
8. Apa akan berlaku jika kita tidak dapat membayar hutang- hutang tersebut kerana masalah-masalah tertentu? Bankrup?
9. Masalah pinjaman bank yang tidak diuluskan mengakibatkan ramai yang pergi meminjam dengan orang lain ataupun ALONG (ceti moden). Masalah berat pula yang akan muncul!

Bermacam-macam masalah akan terus kita hadapi melibatkan ahli keluarga yang telah terlibat didalam kancah hutang. Semuanya akan berakhir dengan cara yang sama iaitu bila pencen, hutang selesai dan dapat duit KWSP ataupun pencen seumur hidup. Beberapa konsep ini perlu kita ubah dan diganti dengan sikap yang sebenar disisi Islam supaya keturunan kita tidak terus terjebak dengan perkara-perkara haram untuk selama-lamanya.
Kita ingin hidup yang bebas daripada hutang dan mendapat berkat Allah swt. Insyallah akan saya ulas perkara diatas jika berkeupayaan.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments: