Thursday, November 11, 2010

Sukar untuk memulakannya

Untuk memulakan sesuatu aktiviti memang sukar samada ia melibatkan masyrakat, keluarga dan individu. Kita memerlukan sokongan dan pendapat rakan-rakan kerana kemungkinan cara kita salah dan melibatkan kerugian. Disinilah kita memerlukan rakan-rakan yang berpengalaman untuk memberi nasihat yang berguna. Anggaplah ianya sebagai sumbangan ikhlas, kerana keputusan atau matlamat yang dihasilkan bergantung kepada suasana persekitaran yang boleh berubah secara tiba-tiba. Yang menetapkan semua ini adalah pencipta kita, Allah swt.

Salah seorang kenalan lama telah menghubungi saya dan bertanyakan pengalaman menyimpan emas. Tak sangka beliau juga telah lama ingin memulakannya, dan kesibukan bekerja melekakan kita semua. Seperti keadaan saya dahulu yang terumbang ambing, takut dan risau, beliau memberanikan diri untuk memulakannya dengan seketul emas. Untuk membelinya memang amat payah sebab ia melibatkan wang kertas yang banyak dan menyimpannya boleh memeningkan kepala. Pendekatan saya, ialah membeli emas apabila ada lebihan duit setelah semua perbelanjaan diambil kira.

Ramai yang akan memikirkan kembali, dimana mereka sendiri tiada lebihan duit kerana banyak berbelanja melebihi pendapatan. Disinilah kita perlu memikirkan bagaimana untuk mengatasinya dengan memahami perancangan kewangan dengan baik. Kita kena berkorban kesenangan dan kemewahan iaitu berubah cara kehidupan dari suka berhutang kepada membeli tunai. Kumpul sedikit demi sedikit baru membelinya. Sistem di zaman sekarang ini memang menyuruh kita berhutang. Saya terkejut bila membaca bermacam-macam tawaran pinjaman mudah dari bank kepada pengguna. Persoalannya, manusia mana yang tidak berhutang? (termasuk diri saya).







- Posted using BlogPress from my iPad


No comments: