Thursday, March 4, 2010

Semakin bercelaru ....



Mungkin berita di atas bukan satu kebetulan. Ia memerlukan perhatian oleh pihak berkuasa yang mengagihkan pemberian zakat. Sebelum ini terdengar banyak punggutan zakat telah diperolehi sehingga berjuta-juta, dan ada yang disiarkan dalam media. Ada juga rakan-rakan yang menyumbangkan zakat sehingga RM 20000 setahun. Kemanakah wang-wang tersebut? Bagaimanakah ianya diuruskan?
Mungkin perkara ini satu isu yang sensitif, malangnya usaha yang sepatutnya dilakukan oleh Institusi Islam gagal sama sekali. Dimanakah pegawai yang diamanahkan untuk membantu mereka? Kita tidah hanya bercakap diatas pentas sahaja, tetapi turunlah dari pentas dan menjelajahlah ke seluruh kawasan yang bermasalah. Orang miskin tidak mungkin ke pejabat-pejabat kerana sebab-sebab tertentu, tetapi orang yang diamanahkan haruslah mencari mereka.
Berilah zakat kepada yang memerlukan. Biasiswa memang sukar diperolehi, pinjaman berunsur riba pula dikenakan. Berilah peluang rakyat yang kurang berkemampuan menuntut ilmu dan berjaya. Kepada Allah swt ku memohon hidayah dan kekuatan.

- Posted using BlogPress from my
iPhone

No comments: