Sunday, September 28, 2008

Pembiusan Umum

Tidak ramai pesakit yang tahu apa itu 'anaesthesia' ataupun bius. Mungkin banyak istilah yang akan digunakan nanti akan menimbulkan kekeliruan.

Pembiusan biasanya diberikan apabila pakar bedah ingin memperbaiki bahagian badan yang sakit. Ianya bertujuan untuk memudahkan tugas dimana pesakit akan 'tidur' setelah di beri ubat.

Tugas pakar bius sama beratnya dengan pakar bedah. Untuk memastikan keselamatan pesakit sehingga pembedahan selesai, beberapa tugasan perlu di semak. Keadaan penyakit, penyakit semasa ( lemah jantung, darah tinggi dsbnya) perlu dalam keadaan yang memuaskan.

Pesakit dinasihatkan berpuasa selama 6 jam untuk pembedahan elektif. Jarum akan dimasukan ke saluran darah (vein) sebelum bermula. Setelah semua alat pengawasan di letakan dibadan, gas oksigen akan diberikan. Ubat akan disuntik perlahan-lahan sehingga mata tertutup. Ubat penahan sakit, gas nitrous oxide, sevoflurane dan pelembut otot diberikan. Seterusnya 'endotracheal tiub' ataupun 'laryngeal mask' dimasukan melalui mulut.

Cecair akan dimasukan sekiranya perlu. Setelah pembedahan selesai, ubat untuk menghilangkan kesan pelembut otot akan diberikan. Apabila pernafasan kembali pulih, tiub didalam mulut di keluarkan. Gas oksigen diberikan dan pesakit di jaga di lobi pemulihan sebelum di hantar balik ke wad apabila telah stabil.

Ini adalah kaedah pembiusan umum.

No comments: