Tuesday, May 25, 2010

Keadaan Kewangan Yang Pelik

Setiap hari kita berurusan didalam transaksi yang memerlukan media 'wang'. Kita menggunakan wang kertas dan syilling memandangkan ianya mudah di pecahkan, ringgan dan di jamin pembayarannya oleh Bank Negara.
Kertas yang di tulis nilai itu bukanlah wang yang sebenarnya, tetapi ia hanyalah wakil bank yang menjamin untuk dibayar dari segi nilainya. Kenyataan kertas tersebut ialah ... Wang kertas ini sah diperakukan dengan nilai ......

Keadaan kewangan sekarang ini telah menjadi semakin pelik dimana kertas telah dijadikan bahan hutang dan jaminan. Di USA contohnya, dokumen hutang seperti pinjaman perumahan dijadikan jaminan (cagaran dari pihak atau negara lain) untuk bank memperolehi wang lagi dan untuk di pinjamkan. Begitulah proses perniagaan di waktu ini. Ianya seperti konsep re finance rumah atau kereta bila inginkan wang tunai.

Dalam proses evolusi pemikiran, kita telah berjaya di programkan untuk menerima kertas jaminan sebagai wang. Fikiran kita telah dikhayalkan dengan angka beribu dan berjuta di dalam bank. Maka kehidupan kita sentiasa ingin menambahkan angka-angka akaun kita.
Adanya bank yang bertugas menjadi penyimpan akhirnya memakan kita kembali. Dengan skim pinjaman mudah, kita telah terperangkap membayar hutang kepada bank sepanjang hayat. Bank telah membuat duit yang banyak bila kita menyimpan dan untungnnya berganda bila kita meminjam. Tidak logik bank boleh bangkrap kalau pengurusannya betul. Minda kita telah di sogok bahawa, menyimpan didalam bank selamat, untung dan senang berurusan. Sebenarnya duit yang kita suruh bank simpan itu telah di gunakan untuk pinjaman. Cuba dibayangkan bila kita semua dengan serentak mengeluarkan semua wang dari bank! Itulah yang berlaku di USA sepanjang tahun lepas dimana banyak bank yang bankrup gagal untuk memberikan wang tunai secukupnya bila semua pemegang akaun datang!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Semakin memberangsangkan ...

Harga emas pada 26/5/2010 untuk kijang emas agak tertinggi setakat ini iaitu 1oz RM 4284/4116. Apakah perlu dijual atau terus disimpan? Ini bergantung kepada keperluan dan strategi masing-masing. Kalau keperluan itu cukup, simpan terus untuk jangkamasa lama.
Kenapa masih lagi menyimpan dalam bentuk emas dan tidak nota kertas? Memang sukar untuk menjawabnya, sebab jawapan tersebut tidak akan memuaskan hati. Sebaliknya lihatlah keadaan persekitaran ekonomi europah, peperangan korea, ekonomi usa dsbnya. Keadaan mungkin berubah ataupun sebaliknya. Jika kajian dan pengamatan di buat untuk beberapa waktu, kita akan terasa untuk memulakannya tetapi melihatkan nilainya yang terambung-ambing sudah tentu keyakinan itu dipersoalkan kembali.

Ada beberapa review yang menarik untuk dibaca. Why the gold sector? Why now? http://www.kitco.com/ind/schwensen/may242010.html